
KEKASIH
dengan segala rendah hati
dan tinggi jiwa
ketika mengalun rasa
dengan sayang teramat panjang
dengan kasih paling dalam
sekuntum mawar merah
dan februari yang cerah
segala indah
dengan tanda dan makna
aku telah singgah
di sini
di ruang ini
dengan cinta.
14feb10
temerloh
12 comments:
setiap kejadian di muka bumi ini adalah dengan gerak darinya.kasihsayang adalah inti kepada rasa..tidak salah menyayangi kerana rasa itu adalah suci dan menyayangi itu adalah anugerah buat insan yang memiliki hati dan perasaan..
wah
sempena valentine ke ni?
Qasih..
kita diciptakan dengan kasih sayang, biarlah ia hadir dengan sendiri..
a kl citizen..terimakasih cikgu singgah..
Selagi hidup selagi itu kita perlukan kekasih supaya hidup kita lebih bererti
aida Ali..terimakasih cikgu. singgah yang tanpa jemu..
'' Agi idup agi ngelaban kelompen ''..
...jiwa nan tinggi
cinta nan suci
hati sesungguhnya
sering berbekam dengan
keluh resah
pun lelah sangsi
akan kehitaman semalam
bukan hanya bayang-bayang...
-memerangkap segala keindahan
'bahasa puisi yang manis lagi
bercahaya'
relevan..
yah agi idup agi ngelaban akuk..
IDAN
aku masih belajar berbahasa..
teimakasih singgah..
zawawi aziz
singgah dan komen sahabat adalah inspirasi ...terimakasih manis
Post a Comment