RINDU DAN RUANG
beri padaku waktu
walau singkat
akan kujalinkan rindumu
menjadi dekat.
beri padaku ruang
walau renggang
akan kuatur tapak berdiri
yang pasti.
beri padaku cinta
akan kubina rumah kita
berbumbung setia
ruang teduh bersama
meniti usia.
kelompen
temerloh pahang
siaran BERITA MINGGU 11 Julai 2010
Monday, May 30, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
Salam rodong... lama sungguh menghilang diri aok yak moga ceria sokmo.
salam aap, terimaksih weh aok nyinggoh, koi kisok gebale ke hey seniri, sesambil nulis, tak dan ke blog..
ceria juga, sehat sokmo untuk aok weh...
salam..
ermmm..lama menghilang yak?
moga sihat hendaknya empunya
blog..
:)
zulkbo..terima kasih sahabat, tetap ingat, diam yang panjang, belajar menafsir mimpi, ia hanya mimpi semata mata...salam
terlepas pandang puisi ini sedangkan sy sering menghantar karya ke BM sepanjang tahun lalu.. tak satu pun terpilih .. hihihi
salam sahabat...lama tak baca puisimu...ini baru ketemu...salam puisi
Nak menjemput semua rakan2 blogger pahang hadir ker rumah sempena dengan raya ini ok sama2 meraikan hari bahagia kita.. Selamat Hari Raya..
selamat hari raya aidil fitri
beh mace puisi aok ni Kelompen...minat kita sama..ketnye koi suka nulih ngikuit versi Temerloh...
Post a Comment