Friday, February 3, 2012

KEBUN HAYAT

KEBUN HAYAT

menanam budi
sekebun hayat
tumbuh harapnya
mekar kasih.

menyiram kasih
sekebun hayat
mekar budinya
seluas sayang.

menuai cinta
sekebun hayat
harap penuh
jambangan bunga
harum merata.

sekebun hayat cuma
singgah seketika
melepas lelah antara.

KELOMPEN
Temerloh, Pahang
sumber siaran
Berita Minggu 4 September 2011.

No comments: